

BICARA PERSADA
PERSADA CANSELORI Mengukuhkan Peranan UKM
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memperkenalkan PERSADA Canselori sebagai platform untuk mengukuhkan peranannya sebagai pendaulat amanah negara.
Naib Canselor Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali membuat pengumuman ini sempena sambutan ulang tahun UKM yang ke-44.
PERSADA Canselori akan dijadikan suatu landasan bagi membincangkan isu penting negara demi kepentingan masyarakat agar apabila PERSADA Canselori bersuara negara akan memberi perhatian.
PERSADA Canselori terletak di bahagian Foyer bangunan Canselori UKM. Ia bukan sahaja akan digunakan sekadar aktiviti penjenamaan baru tetapi juga berupa suatu tindakan simbolik bahawa UKM amat serius dalam menjalankan peranannya sebagai pendaulat amanah negara yang sentiasa bersedia untuk memahami permasalahan masyarakat